Newsletter



Selamat datang ke blog personal Alfi Ramadhani. Moga apa yang tertulis di sini membawa kebaikan. Andai ada salah & silap, teguran anda semua sangatlah diharapkan. Selamat membaca! :)

Saturday, May 29, 2010

Catatan Kau Di Hatiku 3

No comments :
Alhamdulillah, program Kau Di Hatiku 3 berjalan dengan jayanya pada hari Ahad, 23hb Mei lalu dan pastinya meninggalkan kenangan tersendiri kepada semua peserta di kalangan warga KTI dan Family Unique.

Keaktifan anak-anak warga Kompleks Penyayang Bakti pastinya mencuit perasan semua dan satu cabaran serta pengalaman bagi kita untuk mengawal emosi dan mendekati mereka secara psikologi. Pastinya pengalaman sebegini sukar untuk kita dapati di dalam kehidupan seharian kita.

Dalam masa yang sama, kita juga harus mengawal kata-kata dan tindak tanduk supaya tidak melukakan hati ibu-ibu dan bapa-bapa warga emas yang pastinya sensitif dan lembut hatinya.

Tahniah kepada semua yang menjayakan program amal kali ini, dari pengarahnya, AJKnya, hinggalah kepada pesertanya. Walaupun penat dan berpeluh-peluh nak mengawal adik-adik kita, namun pastinya setitis sumbangan kita ini dapat menceriakan adik-adik kita dan ibu-ibu bapa-bapa yang kadangkala kesepian.

Semoga semuanya dikira sebagai amal jariah dan penambah semangat dan pengalaman kita untuk melalui hari-hari mendatang yang lebih mencabar.

Syukur juga dengan ikatan silaturrahim antara KTI dan FamilyUNIQUE yang semakin erat, bermakna 'manpower' atau tenaga manusia yang kita ada untuk menjalankan program amal akan bertambah ramai lagi.

Tahniah dan syabas sekali lagi!!!
Semua peserta dan AJK Kau Di hatiku 3

Cenderamata dari Kompleks Penyayang Bakti

Kek Istimewa 'Hari Ibu' tajaan Abai Os, Terima kasih ya... :-)

Sumbangan untuk Kompleks Penyayang Bakti

Antara warga emas yang hadir

Adik-adik Kompleks Penyayang sedang gembira
dengan aktiviti yang disediakan

Persembahan santai Inteam & Unique

Antara tenaga kerja & AJK program KD3

Adik-adik yang comel dan sangat aktif (terlajak aktif.. =P)

Bazli UNIQUE dengan teka-tekinya
Di kediaman warga emas
Salah seorang peserta bergotong royong mengemas rumah warga emas.. =P

Source: edited from http://iniamin.blogspot.com =D

No comments :

Post a Comment

Kata-kata anda amat berharga..! =D

Komen Terkini

Recent Comments Widget