Newsletter



Selamat datang ke blog personal Alfi Ramadhani. Moga apa yang tertulis di sini membawa kebaikan. Andai ada salah & silap, teguran anda semua sangatlah diharapkan. Selamat membaca! :)

Monday, July 02, 2012

Note to Self, 2nd July 2012

No comments :

Pagi Isnin, 2 Julai 2012.
Dah 20 tahun 11 bulan 1 hari aku hidup kat dunia ni.
Sedar tak sedar, kurang dari 3 minggu lagi kita akan menjengah ke bulan mulia itu lagi.
Ramadhan.. ^^
Cepatnya masa berjalan kan..?

Rasa macam baru semalam je puasa kat CFS IIUM..
Baru semalam je start guna nama Alfi Ramadhani..
Baru semalam je beraya dengan mak, adik2, atuk, nenek..
Tup-tup dah nak masuk Ramadhan balik..?
Hmm.. Ye tak ye..
Elok sangat la kalau nak puasa hari ni kan..
Training sebelum nak masuk Ramadhan nanti..
Tak la terkejut sangat bila dah betul-betul masuk Ramadhan nanti.. Ehe~

Dan, tak sampai sebulan lagi, genap 21 tahun aku hidup kat bumi ni.
21 tahun dah..
Perasaan..?
Makin dekat dengan mati..
Harap-harap dapat la nikmati Ramadhan yang bakal menjelma ni dengan penuh erti sebelum ajal itu tiba..
Ramadhan lepas dah rasa macam sia-sia..
Sebab banyak opportunity yang tak sempat nak grab masa tu..
Memang bila fikir-fikir balik, rasa wasted habisan la..
Apa la..

Tiba-tiba terfikir,
Kalau la aku mati waktu umur genap 21 tahun ni..
Macam mana la ye..?
Banyak mana je amalan yang dah ada..?
Banyak mana pula dosa yang dah bertimpa..?
Banyak mana je tanggungjawab yang dah selesai..?
Banyak mana je hutang yang dah langsai..?

Dah settle ke semua amanah yang Allah dah beri kat kita untuk kita laksanakan sebelum kita mati..?
Amanah sebagai : Khalifah.. Anak.. Muslim.. Penuntut ilmu.. dan lain-lain..
Banyaknya la kan..
Padahal semua tu la yang akan dihisab suatu masa nanti..
Bukan hisab gitu-gitu je..
Hisab dia level terperinci habisan..
Hatta sekecil-kecil benda pun boleh bawa kita pergi ke syurga atau ke neraka..
Ya Allah.. Macam mana ni.. TT__TT

Kenapa tak bersedia dengan maut..?
Kenapa tak bersedia awal-awal..?
Kenapa tak bersedia setiap masa..?
Padahal tahu je yang maut tu akan datang bila-bila, kan..?

Mohon hidayah-Mu ya Rabbi..
Mohon istiqamahkan kami dengan amalan soleh hingga ajal itu tiba..
Hingga nafas terhenti.. Bersama senyuman..
Melihat jannah-Mu.. Memandang wajah-Mu..
Insya-Allah, suatu masa nanti..
Kabulkanlah impian tinggi melangit ini ya Rahim..

Harap doa bukan sekadar doa.
Impian tak terlaksana tanpa usaha.
Itu fitrah alam. #note to self

p/s : Bosan dengan all those romantic-jiwang-sarkastik posts in Facebook.. Zzz... ~___~
Matanglah wahai anak bangsaku...~~~~ (walaupun aku ni tak la matang sgt pun sebenarnya..)
Apa kata baca entri ni : http://bukunotaiman.blogspot.com/2011/12/artikel-chat-iman-amin-prioriti-cinta.html
Moga bermanfaat ! n__n

ps (ii) : Bahasa aku kadang-kadang memang sukar difahami sikit..
Sorry ea..

-- Alfi Ramadhani --
UIAM Gombak,
Taman Ilmu dan Budi..
Taman menyemai cinta Ilahi..
Moga-moga hendaknya..

No comments :

Post a Comment

Kata-kata anda amat berharga..! =D

Komen Terkini

Recent Comments Widget