Newsletter



Selamat datang ke blog personal Alfi Ramadhani. Moga apa yang tertulis di sini membawa kebaikan. Andai ada salah & silap, teguran anda semua sangatlah diharapkan. Selamat membaca! :)

Tuesday, August 14, 2012

Cerpen Kontot | 'Abidurrahman [test 1]

No comments :

“Aku rasa hidup kebanyakan manusia kat dunia ni rugi yang teramat-amat rugi.. Rugi sangat-sangat,”
“Kenapa kau kata macam tu?”
“Kita semua tahu kan yang tujuan hidup kita kat dunia ni untuk sembah Allah SWT.. Tapi, ramai lagi yang masih lalai, leka dengan cara hidup keduniaan masing-masing.. Entah masa bila nak ingat kat Allah..” Zaid mengeluh perlahan.

“Lagi-lagi sekarang ni bulan Ramadhan.. Tapi ramai je lagi yang hidup aci selamba je buat maksiat merata-rata tempat,” Muka Zaid semakin serius. Susah nak faham pemikiran umat 'Islam' zaman ni.
“Tak semua manusia tahu.. Dan, tak semua manusia sedar..”
“Yang tak tahu tu, memang tak boleh nak salahkan diorang seratus peratus la.. Tapi yang tak sedar tu.. Yang leka.. Bagi aku, tu yang masalah..”
“Kenapa pula?”
“Sebab diorang dah tahu, tapi apa guna kalau sekadar tahu, tapi tak amalkan?”
Aiman terdiam sejenak. Cuba mentafsir dan memikir.

“Kita buat ibadah kat dunia ni saja, Aiman. Kat dunia ni saja. Kat akhirat nanti Allah dah tak suruh kita buat ibadah dah. Kat akhirat nanti tinggal nak bagi pembalasan saja atas segala amal kita.”
“Buat ibadah sekejap kat dunia, dapat syurga yang best gila tu selama-lamanya! Subhanallah!”
“Dan buat maksiat sekejap saja kat dunia, dapat azab neraka yang dahsyat tak ingat seksa tahap petala keberapa entah.. Masya-Allah..”
“Memang manusia sangat rugi..”

- - bersambung - -

Stay blessed in Ramadhan. today is 26th. Dah tak lama. TT___TT

No comments :

Post a Comment

Kata-kata anda amat berharga..! =D

Komen Terkini

Recent Comments Widget