Newsletter



Selamat datang ke blog personal Alfi Ramadhani. Moga apa yang tertulis di sini membawa kebaikan. Andai ada salah & silap, teguran anda semua sangatlah diharapkan. Selamat membaca! :)

Friday, July 18, 2014

Apa Erti Sebenar Tangisanku Buat Umat ?

No comments :
*REBLOG | sumber -- https://www.facebook.com/photo.php?fbid=783973998300403&set=a.602543416443463.1073741829.586752241355914


Seperti yang kita sedia maklum, banyak negara Islam yang ditindas dan diperlakukan dengan rakus dan zalim oleh golongan kuffar hanya kerana mereka bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Rasulullah s.a.w. adalah utusanNya.

Hiba, pedih, marah dan sedih.
Hanya mereka yang berhati batu yang tidak merasakan apa-apa ketika mana mereka melihat kekejaman yang dilakukan atas umat Islam di seluruh dunia.

Juga setelah sekian lama, bukan orang Islam sahaja yang mengambil berat akan isu ini malah ada golongan yang bukan Islam, yang tidak bersifat haiwan juga yang mula mengambil berat lantas lahirlah slogan;

'It's not about religion, it's about humanity.'

Saya bukan nak hurai tentang kemanusiaan.
Tapi tentang agama kita,
Islam.

Apa erti sebenar perasaan geram hiba di dalam diri kita saat melihat saudara seaqidah kita diratah dan dirobek jasad mereka?

Tentulah marah,bukan?
Sedih dan rasa macam nak pergi ke sana dan bantai semula golongan kuffar yang melampaui batas itu.

Namun sebenarnya perasaan yang hadir itu tidak membawa makna apa-apa jika kita tidak salurkannya kepada tempat yang betul.

Bayangkan...

Kita marah,
kita mencarut mengherdik membuta di laman sosial,
Namun adakah dengan berteriak sebegitu umat di sana akan terselamat?

Kita sedih,
kita berdoa dengan tulisan,
sedangkan Allah beri kita ruang yang lebih berkesan iaitu berdoa pada sepertiga malam,
namun adakah kita sanggup menolak selimut kita untuk bangun dan meminta pertolongan dariNya?

Kita berkobar-kobar untuk turut serta berjihad,
namun hawa nafsu kita sering dituruti,
sedarkah kita jihad mereka yang berada di medan peperangan itu sebenarnya hasil dari kemenangan mereka dalam menundukkan hawa nafsu mereka?

Kita mengimpikan kemenangan Islam,
namun diri kita,
jasad dan nyawa kita,
MASIH di tahap yang sama!
Sedang mereka di sana menangis apabila tidak membaca al-Quran atau tertinggal qiamullail pada malam hari !

Erti sebenar kesedihan kita sepatutnya berbalik kepada diri sendiri.
Musnahnya negara-negara Islam di seluruh dunia sebenarnya hasil dari kemalasan, keculasan dan kelemahan diri kita sendiri!

Ketahuilah, saudaraku!

Syahidnya seorang di antara mereka adalah untuk menyedarkan ribuan jiwa yang lain bahawa,

hidup mulia atau mati syahid laungan mereka itu,

tidak mungkin!

wallahi tidak mungkin akan tercapai hanya dengan bersimpati dan bersedih!

Ia hanya mampu dicapai dengan kelazatan iman dan taqwa.

Jika benar sedih dan marah kita itu untuk Allah dan agamanya..maka..

Bangunlah bersujud pada Rabb yang satu dan bertaubatlah!
Kerana maksiat kita umat Islam yang lain terseksa!

Bangun dan ubahlah diri!
Walau kita mengorbankan segala harta kita untuk mereka tapi jika kita sengaja tidak mahu mengubah diri dan iman kita,
mereka tetap akan tuntut bela atas nasib mereka!

Bangunlah wahai umat Islam!
BANGUN!

Dirikan solat!
Bacalah al-Quran!
Patuh pada perintahNya!
Cegah kemungkaran!

Kembali kepada Allah,
yang denganNyalah satu-satunya solusi kepada semua masalah ini!

It's not ABOUT humanity!
IT IS about RELIGION!

No comments :

Post a Comment

Kata-kata anda amat berharga..! =D

Komen Terkini

Recent Comments Widget