Newsletter



Selamat datang ke blog personal Alfi Ramadhani. Moga apa yang tertulis di sini membawa kebaikan. Andai ada salah & silap, teguran anda semua sangatlah diharapkan. Selamat membaca! :)

Sunday, June 28, 2015

Filem Animasi Tempatan Yang Menelan Belanja RM 4 Juta Ini Hanya Berjaya Mengutip RM 37 Ribu

No comments :
Disalin daripada :
Filem Animasi Tempatan Yang Menelan Belanja RM 4 Juta Ini Hanya Berjaya Mengutip RM 37 Ribu | Stroke Comichat
- - - - - - - - - - - - -


(Artikel ini diperoleh dari laman blog Amanz.my)

Industri animasi negara sedang berkembang pesat sekarang dengan siri animasi Upin dan Ipin serta Boboiboy mendapat sambutan yang menggalakkan dari penonton tempatan serta luar negara. Upin dan Ipin juga mendapat ruang tayangan di saluran Disney yang cukup berprestij. Jelas sekali sambutan terhadap animasi tempatan adalah amat baik sekali.

BACA : 10 Komik Paling Mahal Di Dunia

BACA : 3 Tips Bagaimana ‘Memancing’ Pembaca Untuk Setia Membaca Karya Anda

Malangnya tidak semua animasi tempatan akan menerima sambutan menggalakkan dan berjaya seperti Upin dan Ipin. Oh! La La yang merupakan filem animasi muzikal pertama Malaysia baru sahaja menamatkan tayangan di pawagam dan sambutannya adalah amat mengecewakan. Filem ini menelan belanja RM 4 juta tetapi hanya berjaya mengumpul RM 37 000 selepas 12 hari tayangan. Jumlah ini adalah amat mengejutkan bagi sebuah filem yang ditayangkan di 47 buah pawagam seluruh negara. Secara purata hanya 6 orang menonton filem ini setiap hari di setiap pawagam.

Di manakah silapnya sehingga jumlah kutipan sebuah filem yang mendapat dana dan sokongan dari Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia ini gagal teruk di pawagam. Secara peribadi kami hanya mengetahui kewujudan filem animasi selepas membaca laman Finas. Apakah pendapat anda?

3 Tips Bagaimana ‘Memancing’ Pembaca Untuk Setia Membaca Karya Anda

No comments :
Disalin daripada : 3 Tips Bagaimana ‘Memancing’ Pembaca Untuk Setia Membaca Karya Anda | Stroke Comichat
- - - - - - - - - - - - -

Artikel ini kami kongsikan dari blog Tuan Don Bosco, SUPER COOL BOOKS

Bagaimana menjadikan cerita kita sangat menarik?

Penulis muda banyak yang bertanya, bagaimana mencipta satu jalan cerita yang sedap dibaca dan menarik perhatian?

Ini adalah soalan yang sangat baik.

Penulisan cerita yang baik bukannya perlukan perkataan yang dasyat dan madah pujangga sangat pun. Tetapi, ianya berkaitan mencari jalan untuk buat pembaca kita rasa ingin tahu, buat mereka rasa tertunggu-tunggu apa yang bakal terjadi selepas ini.

BACA : 3 Tips Mencipta Karakter untuk Cerita Anda

BACA : 3 Tips Menghasilkan Komik Malaysiana Yang Berpotensi Best-seller dan Award Winning



TIPS #1 : Sentiasa buat pembaca anda terkejut.

Adakan sebuah peristiwa yang mengejutkan watak utama anda, pembaca anda akan terkejut. Ada cara yang lebh baik, iaitu letakkan cerita anda betul-betul ke satu arah yang lain dari sepatutnya.

Apa yang berlaku? Bagaimana watak utama kita respon dengan peristiwa itu? Adakah baik atau buruk? Pembaca anda akan seronok untuk mengetahui apa yang bakal berlaku.

Contoh : Watak utama anda dalam perjalanan ke sekolah. Dia berjalan sambil mendengar muzik kegemarannya dalam iPod. Tiba-tiba – AAARGHH! – Dia terkejut, apabila seekor makhluk yang besar dan berbulu jatuh dari langit, dan mendarat di hadapannya.

Surprise!

MARI CUBA INI! : Cari satu titik dalam cerita anda yang mana ceritanya nampak seperti mudah dijangka (mungkin boleh jadi agak bosan). Lihat sama ada anda boleh meletakkan kejutan di dalamnya. Lebih tak dijangka lebih baik!



TIP #2 : Berikan mereka Saspen

Letakkan persoalan yang mendebarkan pada awal cerita, tetapi hanya beritahu jawapannya pada kemudian hari, setelah karakter anda berjaya mengharungi segala cabaran dalam cerita anda.

Teknik ini digunakan untuk mencipta misteri. Siapa yang membunuh kuda kegemaran Raja? Kenapa perempuan tua itu meramal bahawa budak lelaki ini akan jadi hero? Adakah budak perempuan yang sedang menangis ini akan bertemu kembali bapanya yang hilang? Sekiranya mereka sukakan karakter itu, mereka akan teruskan membaca semata-mata ingin tahu pengakhirannya.

MARI CUBA INI! : Cipta satu situasi dalam awalan cerita anda yang mana seseorang bertanyakan satu soalan yang penting, yang mana jawapannya adalah mustahil untuk dijawab sekiranya watak utama anda melakukan sesuatu yang bijak dan berani. Apa yang bakal berlaku pada akhirnya? Biarkan pembaca anda teruskan meneka.


TIP #3 : Buat pembaca anda ketawa

Bina momen-momen yang kelakar dalam cerita anda. Ini adalah teknik magik untuk sampai kepada pembaca anda dan menaikkan semangat mereka. Pembacaan sesuatu yang kelakar membuatkan kita lebih relaks dan positif. Kemudian kita tidak ragu-ragu untuk membelek muka surat seterusnya kerana kita betul-betul mahu enjoy cerita ini.

MARI CUBA INI! : Tulis satu cerita kelakar yang anda gemari dan lihat sama ada anda boleh ataupun masukkannya dalam cerita anda. *Contoh ; Seorang pemain sepak takraw Malaysia yang abam kenal sangat pandai memasak. Masakannya masak elok dan Tak raw [kredit pun Abam Apam]) Lihat sama ada rakan sebelah anda ketawa ataupun tidak. Anda akan selalu berjumpa dengan idea yang lawak yang anda boleh gunakan.

Selamat berkarya!

10 Komik Paling Mahal Di Dunia

No comments :
Disalin daripada : 10 Komik Paling Mahal Di Dunia | Stroke Comichat
- - - - - - - - - - - - -
(Artikel ini kami ambil dari laman web http://10teratas.com/?p=752 . Tiada sebarang perubahan artikel yang dibuat.)

Kalau kau seorang pencinta komik, carta ni kami tujukan khas buat kau. Tapi kalau tidak, jadikanlah carta ini sebagai info tambahan untuk otak kau yang cergas itu. Kali ini mari kita lihat siri2 komik paling mahal di dunia.

BACA : 3 Tips Menghasilkan Komik Malaysiana Yang Berpotensi Best-seller dan Award Winning

BACA : 3 Tips Mencipta Karakter Untuk Cerita Anda

10. Captain America Comics #1 – $353,000 (RM1.32 Juta)



Komik ini memperkenalkan Captain America dalam kumpulan Avengers untuk pertama kalinya. Ianya diterbitkan pada bulan March 1941. Di mana dalam siri ini, menunjukkan bagaimana kejadian Captain America dan paling mencuri perhatian adalah babak watak hero ni menumbuk muka Adolf Hitler. Komik dilukis oleh Jack Kirby dan Joe Simon. Ia telah berjaya dijual secara lelong dengan harga $353,000 pada 9 Ogos 2011.

9. Action Comics #7 – $405,000 (RM1.52 Juta)

9

Komik Action ni dilukis oleh Jerry Siegel dan Joe Shuster. Ia telah diterbitkan pada 18 April 1938. Kalau kau nak tau, ni la bapak segala komik superhero dalam dunia ni. Dalam isu komik ni, dorang telah memaparkan Superman dengan kasut warna kuning. Berbeza dengan Superman yang ada pada covernya. Perbuatan dorang tu dah melonjakan lagi jualan komik ni. Harga asal komik ni adalah 1 sen. Tapi hari ini, harganya $405,000.

8. Amazing Fantasy #15 – $442,000 (RM1.66 Juta)

8

Tajuk asal komik ni sebenarnya, Amazing Adult Fantasy. Tapi ditukar saat akhir sebelum ia dicetak. Diterbitkan oleh Marvel Comics pada 1961 hingga 1962. Kemudian ia diulang cetak lagi pada tahun 1995 dan 2000. Steve Ditko dan Stan Lee antara manusia yang menjadi tulang belakang kepada isu komik ini.

Pada tahun 1962, Marvel Comics telah menghadapi masalah kewangan. Sebagai langkah untuk memulihkan keadaan, Marvel membenarkan penulis dan pelukis mereka untuk mencipta watak2 baru. Pada episode terakhir komik ini terciptanya watak Spidey atau sekarang terkenal dengan nama Spiderman. Ia merupakan watak nombor satu dalam carta 100 watak terbaik Marvel Comics sepanjang zaman.

7. All-American Comics #16 – $497,000 (RM1.86 Juta)

7

All-American Comics adalah produk utama untuk syarikat penerbitan All-American Publications. Terdapat 102 siri diterbitkan bermula dari tahun 1939 sehingga 1948, yang mana beberapa watak terkenal hingga ke hari ini tercipta. Pada Julai 1940, iaitu ketika isu #16 diterbitkan, satu watak terkenal telah dicipta. Watak itu The Green Lantern namanya. Jalan ceritanya ditulis oleh Bill Finger dan pelukisnya adalah Martin Nodell.

Pada tahun 1946, All-American Publications berdepan dengan masalah kewangan dan hampir ditutup. Sebuah syarikat bernama National Periodicals telah membelinya dan menukar nama syarikat tersebut kepada DC Comics. Manakala siri All-American Comics ditukar kepada All-American Western atas permintaan ramai.

6. Detective Comics #1 – $529,000 (RM1.98 Juta)

6

Siri Detective Comics ini diterbitkan oleh DC Comics setiap bulan sejak tahun 1937 sehinggalah ke hari ini. Isu #1-#10 siri ini lebih cenderung kepada cerita penyiasatan semata-mata. Sehinggalah Batman dan Superman dicipta dan diserap masuk ke dalam siri ini. Selain daripada dua watak utama itu, beberapa watak lain juga diperkenalkan antaranya Robin (issue #38), Penguin (#58), Two-Face (#66), Riddler (#140), Batwoman (#233).

5. Batman #1 – $530,000 (RM1.99 Juta)

5

Bermula di dalam siri Detective Comics, Batman akhirnya diterbitkan dalam satu komik khas pada tahun 1940. Isu pertama untuk siri Batman ni bertajuk “The Legend of Batman – Who He Is and How He Came to Be.” Siri komik ini juga memaparkan isu tentang Joker yang bertajuk “The Joker” dan “The Joker Return”.

Pada mulanya siri ini diterbitkan secara mingguan. Tapi selepas itu, ditukar menjadi edisi bulanan. Batman adalah seorang watak hero paling berpengaruh dalam dunia komik. Merupakan produk terbesar DC Comics sepanjang zaman.

4. Marvel Comics #1 – $578,000 (RM2.17 Juta)

4

Isu pertama Marvel Comics diterbitkan pada Oktober 1939. Memperkenalkan watak2 seperti The Human Torch, Namor the Sub-Mariner, dan The Angel. Syarikat Marvel adalah antara penerbitan komik yang terkenal dan paling lama menerbitkan komik. Banyak watak dari komik mereka yang difilemkan dan dijadikan koleksi permainan. Namun di sebalik kejayaan itu, pada tahun 2009 dunia komik dikejutkan dengan kejayaan Walt Disney membeli syarikat tersebut.

3. Superman #1 – $712,000 (RM2.67 Juta)

3

Ini adalah siri komik single character pertama pernah dibuat. Ia diterbitkan pada bulan Jun 1939. Komik ini telah menjadikan watak Superman mendapat permintaan ramai. Komik ini juga sudah banyak kali diulang cetak dan dibuat semula. Tetap permintaan ke atasnya tinggi.

2. Detective Comics #27 – $2,220,000 (RM8.25 Juta)

2

Ini adalah siri komik paling panjang dari sejarah komik. Semuanya kerana siri #27 ini. Di mana buat pertama kalinya watak Batman diperkenalkan.

Dalam siri ini, cerita Batman yang diberi tajuk “The Case of the Chemical Syndicate” telah mencatatkan jualan paling lumayan buat pertama kalinya sejak isu-isu terdahulu. Ia ditulis oleh Bill Finger dan dilukis oleh Bob Kane.

1. Action Comics #1 – $3,207,852 (RM12.03 Juta)

1

Diterbitkan pada 30 Jun 1938. Di mana buat pertama kalinya Superman diperkenalkan kepad dunia. Sejumlah 200,000 berjaya dijual. Pada 24 Ogos 2014, komik ini telah dijual harga $3.2 Juta melalui eBay. Menjadikan ia komik paling mahal di dunia. Dipercayai masih adalah dalam 50 ke 100 naskah original komik ini masih wujud.

25 Mesej Yang Disampaikan Dalam Dragon Ball Yang Akan Membuatkan Anda Tersenyum

No comments :
Disalin daripada :
25 Mesej Yang Disampaikan Dalam Dragon Ball Yang Akan Membuatkan Anda Tersenyum - Stroke Comichat
- - - - - - - - - - - - -

Apa yang kita pelajari dari komik-komik yang kita baca sejak kecil? Naruto mengajar kita untuk tidak mengaku kalah. One Piece mengajar kita untuk sentiasa berimpian dan tidak memberi alasan. Bagaimana pula dengan Dragon Ball? Mustahil tiada siapa yang mengenali anime legenda yang kita saksikan setiap pagi hujung minggu ketika kecil dahulu.

22 Mesej bergambar ini kami peroleh dari Internet. Sumber asal tak dikenal pasti (sekiranya anda mengetahui siapa empunyai artwork-artwork ini, sila maklumkan kepada kami)

BACA : Filem Animasi Tempatan Yang Menelan Belanja RM 4 Juta Ini Hanya Berjaya Mengutip RM 37 Ribu

BACA LAGI : 10 Komik Paling Mahal Di Dunia

1. Ya, sekiranya kita warnakan rambut kita dengan dye kuning. (Dan menjerit sekuatnya)

2. Bulma ada fungsikah dalam Dragon Ball? Hehehe!

3. Cakap, siapa yang suka tiru gaya Pikor waktu kecil-kecil dahulu?

4. Tapi, tapi, tapi…. Itu bukan Gohan.

5. “Gimme more wishes!”

6. No caption needed.

7. Ooo.. Ini la pengakhiran kepada “5 minit lagi planet ini akan diletup” yang berdurasi 8 episod itu ya?

8. Teruskan pembacaan…. (Ignore that pose)

9. Y___Y

10. Dan mati serta hidup berkali-kali.

11. “Kirimkan salam ayah pada mak, Gohan.”

12. Dan ketawa berdekah-dekah.

13. Now, who dreams to stay on that planet?

14. Siapa ingat dah berapa kali Kurin mati dan hidup semula?

15. Bagaimana anda expect rupa seorang guru yang serius dalam komik-komik Akira Toriyama?

16. “No matter who you are. I will find you and turn you into chocolate.”

17. Ini Popo. Beliau ajar kita supaya jangan racist.

18. Panjang jalan ini melebihi 2 marhalah.

19. *Depa tangan* *Depa* *Depa*

20. Sekiranya kami dapat kacang itu, tak makan seminggu pun okey.

21. Siapa peminat Bezita di sini?

22. Apa fungsi watak Yamu dalam cerita ini? Hehehe!

23. True. *angguk*

24. Siapa yang bersemangat selepas tengok episod ini? Angkat tangan!

25. *Rolling*

Ok....

Wednesday, June 24, 2015

3 Tips Menghasilkan Komik Malaysiana Yang Berpotensi Best-seller dan Award Winning

No comments :
Disalin daripada :
3 Tips Menghasilkan Komik Malaysiana Yang Berpotensi Best-seller dan Award Winning | Stroke Comichat
- - - - - - - - - - - - -

Baru-baru ini industri komik Malaysia digegarkan dengan kejayaan seorang anak Malaysia yang memenangi Silver Award dalam 8th International Manga Award di Tokyo.

Siapa yang tidak kenal Ben Wong? Pelukis komik yang pernah terkenal zaman millenium ini dengan karya Le Gardenie, The Fishes dan Fatal Chaos terbitan Gempakstarz?

Bulan Februari yang lepas, beliau mencipta sejarah apabila memenangi Silver Award untuk kedua kalinya melalui karya Atan terbitan Komik-M PTS (sebelum ini beliau pernah menang pada tahun 2007).


Berita ini sedikit sebanyak memberikan kelegaan dan kegembiraan pada aktivis-aktivis dan artis komik tanah air, apabila kebudayaan Malaysia dalam komik masih lagi diiktiraf oleh orang luar negara, mengikuti resam yang diamal oleh legenda komik tanah air, Dato’ Lat.

Atan adalah sebuah siri komik yang bertemakan Malaysiana. Melalui Tuan Ben Wong sendiri, apa yang dikatanya dalam ucapan yang diadakan di Kinokuniya ketika majlis meraikan kejayaan beliau, “Ini sangat menarik. Komik ini dihasilkan oleh orang Cina. Lukisannya stroke manga/Jepun. Temanya mengenai Malaysia. Intipatinya tentang kehidupan Muslim.”

Isu stroke bukan masalah. Isu siapa yang melukis juga bukan masalah. Isu sebenarnya adalah, apakah elemen budaya yang kita masukkan dalam karya kita? Itu pengisian yang utama.

Dalam artikel ini, saya kongsikan 3 Tips bagaimana untuk menghasilkan komik bertemakan Malaysiana yang berpotensi untuk menjadi Bestseller dan memenangi anugerah.

3 Tips ini saya ambil dari tulisan Tuan Don Bosco melalui blognya, Super Cool Books.

BACA : 3 Tips Mencipta Karakter Untuk Cerita Anda


Tips #1 : Tonjolkan Makanan Tempatan Kampung Anda

Setiap bandar mempunyai makanan unik mereka sendiri. Sama ada ianya dimasak di gerai-gerai tepi jalan, ataupun ianya dari hidangan restoran mewah. Anda tidak akan teringat pada kampung halaman anda sekiranya anda tidak pernah rasa makanan yang dimasak di situ.

Satu cara bagaimana kita meraikan sesuatu tempat adalah dengan meletakkan banyak rujukan makanan tempatan tersebut. Sebagai contoh, sekiranya karakter anda cuba menyelesaikan sebuah misteri di Kampung Pandan dan dia laparkan makanan, dia mungkin akan terpesona dengan pandangan di warung nasi lemak. Orang Malaysia sangat sukakan nasi lemak. Kita sebagai pembaca pun boleh faham, sekiranya karakter tersebut mahu berehat seketika untuk menjamah sepinggan nasi lemak dengan sambal dan ikan bilis. Sedapnya!

MARI CUBA INI! : Selepas ini sekiranya anda mahu mencari makanan, ambil masa 5 minit untuk buat analisis pada makanan anda. Cuba terangkan makanan anda itu dengan pelbagai cara yang menarik. Buat satu jurnal dan simpan setiap penerangan anda. Gunakan penerangan yang paling menarik dalam cerita anda. Sekiranya anda mempunyai akaun Instagram, anda boleh poskan makanan tempatan kegemaran anda di situ!

KREDIT : Shop by FeiGiap
TIP #2 : Bawa pembaca ke lokasi-lokasi menarik.

Bila kita sampai ke bandar/kampung yang baru, alangkah baiknya sekiranya ada orang yang dapat bawa kita ke tempat-tempat menarik di situ. Sekiranya mereka sangat arif dengan kawasan tersebut, mereka boleh kongsikan segala cerita menarik yang berkaitan. Kadang-kala, kita akan rasa macam kita pula yang berasal dari situ, kan?

Cerita anda akan mempunyai elemen tempatan yang sangat kuat sekiranya anda menulis mengenai lokasi sebenar yang sangat penting untuk anda. Mungkin di kawasan kejiranan yang anda lahir dan membesar, atau taman permainan di mana anda sering lepak dengan kawan-kawan. Hubungan emosi yang kuat akan datang secara semulajadi dalam penulisan anda, lalu pembaca anda pun akan seronok untuk membaca.

MARI CUBA INI! : Pilih mana-mana lokasi di Malaysia yang anda sangat arif. Tulis 3 perkara yang membuatkan anda jatuh cinta dengannya, dan tuliskan Kenapa? Kemudian, lihat bagaimana anda boleh masukkan point2 ini ke dalam cerita anda. Buat penerangan anda itu sangat tepat dan lekat sehingga sesiapa pun yang membaca cerita anda, dia akan rasa seperti dia yang melawat tempat itu dengan anda.


TIP #3 : Pergi ke masa lalu

Satu cara bagaimana kita boleh meraikan kampung halaman kita adalah sentiasa bawa kisah-kisah lalu dalam cerita kita. Pembaca anda akan rasa terpesona sekiranya anda boleh membawa kisah-kisah sejarah dengan cara yang fresh dan mearik.

Masukkan karaker anda dalam senario yang buat pembaca anda familiar, terutamanya senario sejarah tempatan. Beri karakter anda respon dengan situasi tersebut dengan cara mereka sendiri. Bagaimana karakter anda terkesan dengan peristiwa itu? Apa reaksi beliau? Adakah tindakannya boleh mengubah sejarah negara? Dalam cara yang baik atau buruk?

Dan apa akan terjadi sekiranya mesin masa juga turut terlibat? Tentunya sangat cool!

MARI CUBA INI !: Buka laman-laman web sejarah negara. Cari info mengenai sejarah, personaliti, kisah-kisah legenda dan peristiwa bersejarah. Pastikan anda buat kajian dan kajian itu mudah dibaca. Lihat sekiranya anda mampu mencari sekurang-kurangnya 3 entri yang mampu menarik minat anda, dan bagaimana anda menjadikan informasi-informasi ini dalam karya anda.

3 Tips Mencipta Karakter Untuk Cerita Anda

No comments :
Disalin daripada : 3 Tips Mencipta Karakter Untuk Cerita Anda | Stroke Comichat

- - - - - - - - - - - - -

Tanyalah sesiapa sahaja, semua orang ada cerita mereka masing-masing. Andai mereka bukan penulis, bukan orang kreatif. Setiap orang ada cerita hidup yang mereka mahu kongsikan.

Apabila menulis untuk sebuah cerita hidup, kita biasanya cenderung untuk menjadikannya sebagai sebuah cerita fiksyen. Cerita fiksyen adalah cerita rekaan, tidak berkaitan hidup ataupun yang mati. Kelebihannya? Kita bebas menulis apa sahaja mengenai cerita kita dengan idea yang datang ibarat buah anggur yang ranum (macam tiada kena-mengena)

Memang kita tidak sabar hendak menulis cerita ini. Tapi akhirnya kita akan menggaru kepala sendiri. Bagaimana hendak mula? Apa langkah pertama? Apa langkah seterusnya? Persoalan ini sekiranya tidak dijawab dengan cepat, akhirnya pen yang dipegang kita letakkan, smartphone pula dicapai dan FB yang dipetik. Semangat kobar-kobar kita hilang di tepi lautan.

Ini perkongsian dari Tuan Don Bosco dari blognya SUPER COOL BOOKS. Saya kongsikannya untuk anda :

“The heart of any good story is the MAIN CHARACTER.”

Kata beliau, manusia akan seronok baca cerita kita sekiranya mereka seronok lihat watak utama kita beraksi, dan sangat berharap dapat bertemu dengan mereka dalam dunia sebenar. Alangkah indahnya sekiranya watak utama tersebut adalah kawan atau ahli keluarga mereka, ataupun refleksi diri mereka sendiri.

Fitrah manusia adalah mereka suka jaga tepi kain orang. Katakan, mereka sangat minat dengan watak kita, mereka akan cari cara juga untuk ‘follow’ watak kita sehingga keperibadian sebenar watak kita mereka ketahui. Ya, kuncinya adalah mereka mesti minat. Keperibadian watak kita sangat penting dan harus diteliti terlebih dahulu sebelum kita mula merangka cerita.

Ini 3 Tips yang dikongsikan oleh Don Bosco untuk mereka yang baru kali pertama mahu mencipta watak sendiri.


TIP #1 : Watak itu buat pembaca rasa ingin kenal dan tahu

Bila kita minat dengan seseorang, kita akan rasa mahu berkenalan dengannya. Tak boleh tidak, mata kita takkan lari daripadanya. Setiap aspek dan inci mereka kita akan perhati, sebab kita betul-betul mahu mengenali mereka.

Cari cara untuk buat pembaca ingin tahu tentang karakter kita. Itulah permulaan yang sangat baik.

Contohnya :

Amy memandang sekeliling, memastikan tiada siapa yang berada dalam bilik itu. Dia cepat-cepat menyembunyikan kotak tersebut di belakang almari. Dia dapat rasakan ada sesuatu sedang menendang di dalam. “Maafkan aku!” Amy berbisik dalam hati. Suaranya sedikit menggigil, “Aku tak boleh bagi mereka nampak kau.”

Apa yang berada dalam kotak itu? Kenapa mesti dia menyorokkannya? Apa akan terjadi sekiranya seseorang menjumpai kotak itu?

Tiba-tiba, kita rasa macam nak tahu. Amy seperti seorang watak yang berada dalam situasi yang menarik. Pembaca akan rasa mahu mengikuti cerita ini dan mahu tahu apa yang berlaku selepas ini.

MARI CUBA INI! : Cari seseorang yang anda kenal. Rakan sekelas, sepupu atau adik-beradik. Adakah sesuatu yang istimewa tentang mereka? Tuliskan satu perenggan pendek mengenainya. Buatkan watak mereka seperti Cool dan ada sesuatu yang Misteri tentang mereka.

Anda juga boleh mula menulis tentang diri anda, dan buat orang lain rasa ingin tahu tentang anda. Inilah cara untuk anda jadi lebih menarik dan popular.


TIP #2 : Watak utama yang prihatin juga perlukan pertolongan

Mana-mana cerita sentiasa ada hero. Biasanya mereka adalah watak yang sangat baik dan sentiasa suka menolong orang lain. Tetapi, walaupun kita sebagai pembaca mengagumi sikap mereka itu, kita mungkin sebenarnya tidak endahkan tentang mereka.

Sebaliknya, sekiranya Hero mempunyai masalah mereka sendiri, mungkin kerana amal jahat dan kesilapan mereka masa lalu, boleh membuatkan kita mereka simpati. Kita melibatkan permainan emosi menyarung diri ketika membaca, sehingga kita berasa tidak sabar untuk tahu bagaimana Hero ini mengendalikan situasinya.

MARI CUBA INI! : Rujuk semula perenggan yang anda karang tadi. Tukar nama dan perwatakan watak, sehingga ianya dah tak jadi seseorang yang anda kenal. Ia kini adalah seorang watak yang anda akan seronok mengubahsuai.

Kemudian, tambah satu ayat yang menjelaskan bagaimana watak ini boleh menjadi sangat bermanfaat dan mempunyai sifat Heroic pada situasi-situasi tertentu. Mungkin dia ada Super Power? Atau bakat yang luar biasa? Atau dia mempunyai hobi yang istimewa?

Selepas itu, tambah satu lagi ayat yang menunjukkan watak ini sentiasa memerlukan bantuan. Terlalu comot mungkin? Mudah sesat? Sering terlupa? Takut dengan khalayak? Juga : Bagaimana ini boleh dikategorikan sebagai satu masalah untuk watak?

Anda boleh lakukan latihan ini dengan rakan anda. Sentiasa mencambah idea yang berbeza dan lihat sejauh mana anda boleh buat watak anda sangat menarik untuk dibaca.


TIP #3 : Rakan, Keluarga dan Haiwan kegemaran.

Kadangkala, keunikan seseorang watak itu datang dari bagaimana beliau menjaga hubungannya di rumah, sekolah, atau dengan haiwan peliharaan beliau. Mungkin wataknya adalah seorang budak perempuan yang normal, tapi ibunya adalah bos besar di sebuah bank. Atau mungkin dia adalah seorang budak lelaki yang sangat biasa, tapi dia mempunyai seekor iguana yang sangat cerdik, yang mampu bermain Minecraft!

MARI CUBA INI : Fikirkan tentang watak yang anda baru cipta. Tambah seorang rakan, ahli keluarga dan haiwan peliharaan untuknya. Pada ketika ini, anda sepatutnya sudah mempunyai maklumat yang cukup untuk mencipta beberapa lakaran, supaya anda mampu mengvisualkan watak anda dengan lebih baik.

Komen Terkini

Recent Comments Widget