Newsletter



Selamat datang ke blog personal Alfi Ramadhani. Moga apa yang tertulis di sini membawa kebaikan. Andai ada salah & silap, teguran anda semua sangatlah diharapkan. Selamat membaca! :)

Sunday, June 28, 2015

10 Komik Paling Mahal Di Dunia

No comments :
Disalin daripada : 10 Komik Paling Mahal Di Dunia | Stroke Comichat
- - - - - - - - - - - - -
(Artikel ini kami ambil dari laman web http://10teratas.com/?p=752 . Tiada sebarang perubahan artikel yang dibuat.)

Kalau kau seorang pencinta komik, carta ni kami tujukan khas buat kau. Tapi kalau tidak, jadikanlah carta ini sebagai info tambahan untuk otak kau yang cergas itu. Kali ini mari kita lihat siri2 komik paling mahal di dunia.

BACA : 3 Tips Menghasilkan Komik Malaysiana Yang Berpotensi Best-seller dan Award Winning

BACA : 3 Tips Mencipta Karakter Untuk Cerita Anda

10. Captain America Comics #1 – $353,000 (RM1.32 Juta)



Komik ini memperkenalkan Captain America dalam kumpulan Avengers untuk pertama kalinya. Ianya diterbitkan pada bulan March 1941. Di mana dalam siri ini, menunjukkan bagaimana kejadian Captain America dan paling mencuri perhatian adalah babak watak hero ni menumbuk muka Adolf Hitler. Komik dilukis oleh Jack Kirby dan Joe Simon. Ia telah berjaya dijual secara lelong dengan harga $353,000 pada 9 Ogos 2011.

9. Action Comics #7 – $405,000 (RM1.52 Juta)

9

Komik Action ni dilukis oleh Jerry Siegel dan Joe Shuster. Ia telah diterbitkan pada 18 April 1938. Kalau kau nak tau, ni la bapak segala komik superhero dalam dunia ni. Dalam isu komik ni, dorang telah memaparkan Superman dengan kasut warna kuning. Berbeza dengan Superman yang ada pada covernya. Perbuatan dorang tu dah melonjakan lagi jualan komik ni. Harga asal komik ni adalah 1 sen. Tapi hari ini, harganya $405,000.

8. Amazing Fantasy #15 – $442,000 (RM1.66 Juta)

8

Tajuk asal komik ni sebenarnya, Amazing Adult Fantasy. Tapi ditukar saat akhir sebelum ia dicetak. Diterbitkan oleh Marvel Comics pada 1961 hingga 1962. Kemudian ia diulang cetak lagi pada tahun 1995 dan 2000. Steve Ditko dan Stan Lee antara manusia yang menjadi tulang belakang kepada isu komik ini.

Pada tahun 1962, Marvel Comics telah menghadapi masalah kewangan. Sebagai langkah untuk memulihkan keadaan, Marvel membenarkan penulis dan pelukis mereka untuk mencipta watak2 baru. Pada episode terakhir komik ini terciptanya watak Spidey atau sekarang terkenal dengan nama Spiderman. Ia merupakan watak nombor satu dalam carta 100 watak terbaik Marvel Comics sepanjang zaman.

7. All-American Comics #16 – $497,000 (RM1.86 Juta)

7

All-American Comics adalah produk utama untuk syarikat penerbitan All-American Publications. Terdapat 102 siri diterbitkan bermula dari tahun 1939 sehingga 1948, yang mana beberapa watak terkenal hingga ke hari ini tercipta. Pada Julai 1940, iaitu ketika isu #16 diterbitkan, satu watak terkenal telah dicipta. Watak itu The Green Lantern namanya. Jalan ceritanya ditulis oleh Bill Finger dan pelukisnya adalah Martin Nodell.

Pada tahun 1946, All-American Publications berdepan dengan masalah kewangan dan hampir ditutup. Sebuah syarikat bernama National Periodicals telah membelinya dan menukar nama syarikat tersebut kepada DC Comics. Manakala siri All-American Comics ditukar kepada All-American Western atas permintaan ramai.

6. Detective Comics #1 – $529,000 (RM1.98 Juta)

6

Siri Detective Comics ini diterbitkan oleh DC Comics setiap bulan sejak tahun 1937 sehinggalah ke hari ini. Isu #1-#10 siri ini lebih cenderung kepada cerita penyiasatan semata-mata. Sehinggalah Batman dan Superman dicipta dan diserap masuk ke dalam siri ini. Selain daripada dua watak utama itu, beberapa watak lain juga diperkenalkan antaranya Robin (issue #38), Penguin (#58), Two-Face (#66), Riddler (#140), Batwoman (#233).

5. Batman #1 – $530,000 (RM1.99 Juta)

5

Bermula di dalam siri Detective Comics, Batman akhirnya diterbitkan dalam satu komik khas pada tahun 1940. Isu pertama untuk siri Batman ni bertajuk “The Legend of Batman – Who He Is and How He Came to Be.” Siri komik ini juga memaparkan isu tentang Joker yang bertajuk “The Joker” dan “The Joker Return”.

Pada mulanya siri ini diterbitkan secara mingguan. Tapi selepas itu, ditukar menjadi edisi bulanan. Batman adalah seorang watak hero paling berpengaruh dalam dunia komik. Merupakan produk terbesar DC Comics sepanjang zaman.

4. Marvel Comics #1 – $578,000 (RM2.17 Juta)

4

Isu pertama Marvel Comics diterbitkan pada Oktober 1939. Memperkenalkan watak2 seperti The Human Torch, Namor the Sub-Mariner, dan The Angel. Syarikat Marvel adalah antara penerbitan komik yang terkenal dan paling lama menerbitkan komik. Banyak watak dari komik mereka yang difilemkan dan dijadikan koleksi permainan. Namun di sebalik kejayaan itu, pada tahun 2009 dunia komik dikejutkan dengan kejayaan Walt Disney membeli syarikat tersebut.

3. Superman #1 – $712,000 (RM2.67 Juta)

3

Ini adalah siri komik single character pertama pernah dibuat. Ia diterbitkan pada bulan Jun 1939. Komik ini telah menjadikan watak Superman mendapat permintaan ramai. Komik ini juga sudah banyak kali diulang cetak dan dibuat semula. Tetap permintaan ke atasnya tinggi.

2. Detective Comics #27 – $2,220,000 (RM8.25 Juta)

2

Ini adalah siri komik paling panjang dari sejarah komik. Semuanya kerana siri #27 ini. Di mana buat pertama kalinya watak Batman diperkenalkan.

Dalam siri ini, cerita Batman yang diberi tajuk “The Case of the Chemical Syndicate” telah mencatatkan jualan paling lumayan buat pertama kalinya sejak isu-isu terdahulu. Ia ditulis oleh Bill Finger dan dilukis oleh Bob Kane.

1. Action Comics #1 – $3,207,852 (RM12.03 Juta)

1

Diterbitkan pada 30 Jun 1938. Di mana buat pertama kalinya Superman diperkenalkan kepad dunia. Sejumlah 200,000 berjaya dijual. Pada 24 Ogos 2014, komik ini telah dijual harga $3.2 Juta melalui eBay. Menjadikan ia komik paling mahal di dunia. Dipercayai masih adalah dalam 50 ke 100 naskah original komik ini masih wujud.

No comments :

Post a Comment

Kata-kata anda amat berharga..! =D

Komen Terkini

Recent Comments Widget