Newsletter



Selamat datang ke blog personal Alfi Ramadhani. Moga apa yang tertulis di sini membawa kebaikan. Andai ada salah & silap, teguran anda semua sangatlah diharapkan. Selamat membaca! :)

Sunday, June 28, 2015

3 Tips Bagaimana ‘Memancing’ Pembaca Untuk Setia Membaca Karya Anda

No comments :
Disalin daripada : 3 Tips Bagaimana ‘Memancing’ Pembaca Untuk Setia Membaca Karya Anda | Stroke Comichat
- - - - - - - - - - - - -

Artikel ini kami kongsikan dari blog Tuan Don Bosco, SUPER COOL BOOKS

Bagaimana menjadikan cerita kita sangat menarik?

Penulis muda banyak yang bertanya, bagaimana mencipta satu jalan cerita yang sedap dibaca dan menarik perhatian?

Ini adalah soalan yang sangat baik.

Penulisan cerita yang baik bukannya perlukan perkataan yang dasyat dan madah pujangga sangat pun. Tetapi, ianya berkaitan mencari jalan untuk buat pembaca kita rasa ingin tahu, buat mereka rasa tertunggu-tunggu apa yang bakal terjadi selepas ini.

BACA : 3 Tips Mencipta Karakter untuk Cerita Anda

BACA : 3 Tips Menghasilkan Komik Malaysiana Yang Berpotensi Best-seller dan Award Winning



TIPS #1 : Sentiasa buat pembaca anda terkejut.

Adakan sebuah peristiwa yang mengejutkan watak utama anda, pembaca anda akan terkejut. Ada cara yang lebh baik, iaitu letakkan cerita anda betul-betul ke satu arah yang lain dari sepatutnya.

Apa yang berlaku? Bagaimana watak utama kita respon dengan peristiwa itu? Adakah baik atau buruk? Pembaca anda akan seronok untuk mengetahui apa yang bakal berlaku.

Contoh : Watak utama anda dalam perjalanan ke sekolah. Dia berjalan sambil mendengar muzik kegemarannya dalam iPod. Tiba-tiba – AAARGHH! – Dia terkejut, apabila seekor makhluk yang besar dan berbulu jatuh dari langit, dan mendarat di hadapannya.

Surprise!

MARI CUBA INI! : Cari satu titik dalam cerita anda yang mana ceritanya nampak seperti mudah dijangka (mungkin boleh jadi agak bosan). Lihat sama ada anda boleh meletakkan kejutan di dalamnya. Lebih tak dijangka lebih baik!



TIP #2 : Berikan mereka Saspen

Letakkan persoalan yang mendebarkan pada awal cerita, tetapi hanya beritahu jawapannya pada kemudian hari, setelah karakter anda berjaya mengharungi segala cabaran dalam cerita anda.

Teknik ini digunakan untuk mencipta misteri. Siapa yang membunuh kuda kegemaran Raja? Kenapa perempuan tua itu meramal bahawa budak lelaki ini akan jadi hero? Adakah budak perempuan yang sedang menangis ini akan bertemu kembali bapanya yang hilang? Sekiranya mereka sukakan karakter itu, mereka akan teruskan membaca semata-mata ingin tahu pengakhirannya.

MARI CUBA INI! : Cipta satu situasi dalam awalan cerita anda yang mana seseorang bertanyakan satu soalan yang penting, yang mana jawapannya adalah mustahil untuk dijawab sekiranya watak utama anda melakukan sesuatu yang bijak dan berani. Apa yang bakal berlaku pada akhirnya? Biarkan pembaca anda teruskan meneka.


TIP #3 : Buat pembaca anda ketawa

Bina momen-momen yang kelakar dalam cerita anda. Ini adalah teknik magik untuk sampai kepada pembaca anda dan menaikkan semangat mereka. Pembacaan sesuatu yang kelakar membuatkan kita lebih relaks dan positif. Kemudian kita tidak ragu-ragu untuk membelek muka surat seterusnya kerana kita betul-betul mahu enjoy cerita ini.

MARI CUBA INI! : Tulis satu cerita kelakar yang anda gemari dan lihat sama ada anda boleh ataupun masukkannya dalam cerita anda. *Contoh ; Seorang pemain sepak takraw Malaysia yang abam kenal sangat pandai memasak. Masakannya masak elok dan Tak raw [kredit pun Abam Apam]) Lihat sama ada rakan sebelah anda ketawa ataupun tidak. Anda akan selalu berjumpa dengan idea yang lawak yang anda boleh gunakan.

Selamat berkarya!

No comments :

Post a Comment

Kata-kata anda amat berharga..! =D

Komen Terkini

Recent Comments Widget