Newsletter



Selamat datang ke blog personal Alfi Ramadhani. Moga apa yang tertulis di sini membawa kebaikan. Andai ada salah & silap, teguran anda semua sangatlah diharapkan. Selamat membaca! :)

Wednesday, June 24, 2015

3 Tips Mencipta Karakter Untuk Cerita Anda

No comments :
Disalin daripada : 3 Tips Mencipta Karakter Untuk Cerita Anda | Stroke Comichat

- - - - - - - - - - - - -

Tanyalah sesiapa sahaja, semua orang ada cerita mereka masing-masing. Andai mereka bukan penulis, bukan orang kreatif. Setiap orang ada cerita hidup yang mereka mahu kongsikan.

Apabila menulis untuk sebuah cerita hidup, kita biasanya cenderung untuk menjadikannya sebagai sebuah cerita fiksyen. Cerita fiksyen adalah cerita rekaan, tidak berkaitan hidup ataupun yang mati. Kelebihannya? Kita bebas menulis apa sahaja mengenai cerita kita dengan idea yang datang ibarat buah anggur yang ranum (macam tiada kena-mengena)

Memang kita tidak sabar hendak menulis cerita ini. Tapi akhirnya kita akan menggaru kepala sendiri. Bagaimana hendak mula? Apa langkah pertama? Apa langkah seterusnya? Persoalan ini sekiranya tidak dijawab dengan cepat, akhirnya pen yang dipegang kita letakkan, smartphone pula dicapai dan FB yang dipetik. Semangat kobar-kobar kita hilang di tepi lautan.

Ini perkongsian dari Tuan Don Bosco dari blognya SUPER COOL BOOKS. Saya kongsikannya untuk anda :

“The heart of any good story is the MAIN CHARACTER.”

Kata beliau, manusia akan seronok baca cerita kita sekiranya mereka seronok lihat watak utama kita beraksi, dan sangat berharap dapat bertemu dengan mereka dalam dunia sebenar. Alangkah indahnya sekiranya watak utama tersebut adalah kawan atau ahli keluarga mereka, ataupun refleksi diri mereka sendiri.

Fitrah manusia adalah mereka suka jaga tepi kain orang. Katakan, mereka sangat minat dengan watak kita, mereka akan cari cara juga untuk ‘follow’ watak kita sehingga keperibadian sebenar watak kita mereka ketahui. Ya, kuncinya adalah mereka mesti minat. Keperibadian watak kita sangat penting dan harus diteliti terlebih dahulu sebelum kita mula merangka cerita.

Ini 3 Tips yang dikongsikan oleh Don Bosco untuk mereka yang baru kali pertama mahu mencipta watak sendiri.


TIP #1 : Watak itu buat pembaca rasa ingin kenal dan tahu

Bila kita minat dengan seseorang, kita akan rasa mahu berkenalan dengannya. Tak boleh tidak, mata kita takkan lari daripadanya. Setiap aspek dan inci mereka kita akan perhati, sebab kita betul-betul mahu mengenali mereka.

Cari cara untuk buat pembaca ingin tahu tentang karakter kita. Itulah permulaan yang sangat baik.

Contohnya :

Amy memandang sekeliling, memastikan tiada siapa yang berada dalam bilik itu. Dia cepat-cepat menyembunyikan kotak tersebut di belakang almari. Dia dapat rasakan ada sesuatu sedang menendang di dalam. “Maafkan aku!” Amy berbisik dalam hati. Suaranya sedikit menggigil, “Aku tak boleh bagi mereka nampak kau.”

Apa yang berada dalam kotak itu? Kenapa mesti dia menyorokkannya? Apa akan terjadi sekiranya seseorang menjumpai kotak itu?

Tiba-tiba, kita rasa macam nak tahu. Amy seperti seorang watak yang berada dalam situasi yang menarik. Pembaca akan rasa mahu mengikuti cerita ini dan mahu tahu apa yang berlaku selepas ini.

MARI CUBA INI! : Cari seseorang yang anda kenal. Rakan sekelas, sepupu atau adik-beradik. Adakah sesuatu yang istimewa tentang mereka? Tuliskan satu perenggan pendek mengenainya. Buatkan watak mereka seperti Cool dan ada sesuatu yang Misteri tentang mereka.

Anda juga boleh mula menulis tentang diri anda, dan buat orang lain rasa ingin tahu tentang anda. Inilah cara untuk anda jadi lebih menarik dan popular.


TIP #2 : Watak utama yang prihatin juga perlukan pertolongan

Mana-mana cerita sentiasa ada hero. Biasanya mereka adalah watak yang sangat baik dan sentiasa suka menolong orang lain. Tetapi, walaupun kita sebagai pembaca mengagumi sikap mereka itu, kita mungkin sebenarnya tidak endahkan tentang mereka.

Sebaliknya, sekiranya Hero mempunyai masalah mereka sendiri, mungkin kerana amal jahat dan kesilapan mereka masa lalu, boleh membuatkan kita mereka simpati. Kita melibatkan permainan emosi menyarung diri ketika membaca, sehingga kita berasa tidak sabar untuk tahu bagaimana Hero ini mengendalikan situasinya.

MARI CUBA INI! : Rujuk semula perenggan yang anda karang tadi. Tukar nama dan perwatakan watak, sehingga ianya dah tak jadi seseorang yang anda kenal. Ia kini adalah seorang watak yang anda akan seronok mengubahsuai.

Kemudian, tambah satu ayat yang menjelaskan bagaimana watak ini boleh menjadi sangat bermanfaat dan mempunyai sifat Heroic pada situasi-situasi tertentu. Mungkin dia ada Super Power? Atau bakat yang luar biasa? Atau dia mempunyai hobi yang istimewa?

Selepas itu, tambah satu lagi ayat yang menunjukkan watak ini sentiasa memerlukan bantuan. Terlalu comot mungkin? Mudah sesat? Sering terlupa? Takut dengan khalayak? Juga : Bagaimana ini boleh dikategorikan sebagai satu masalah untuk watak?

Anda boleh lakukan latihan ini dengan rakan anda. Sentiasa mencambah idea yang berbeza dan lihat sejauh mana anda boleh buat watak anda sangat menarik untuk dibaca.


TIP #3 : Rakan, Keluarga dan Haiwan kegemaran.

Kadangkala, keunikan seseorang watak itu datang dari bagaimana beliau menjaga hubungannya di rumah, sekolah, atau dengan haiwan peliharaan beliau. Mungkin wataknya adalah seorang budak perempuan yang normal, tapi ibunya adalah bos besar di sebuah bank. Atau mungkin dia adalah seorang budak lelaki yang sangat biasa, tapi dia mempunyai seekor iguana yang sangat cerdik, yang mampu bermain Minecraft!

MARI CUBA INI : Fikirkan tentang watak yang anda baru cipta. Tambah seorang rakan, ahli keluarga dan haiwan peliharaan untuknya. Pada ketika ini, anda sepatutnya sudah mempunyai maklumat yang cukup untuk mencipta beberapa lakaran, supaya anda mampu mengvisualkan watak anda dengan lebih baik.

No comments :

Post a Comment

Kata-kata anda amat berharga..! =D

Komen Terkini

Recent Comments Widget